SEJARAH SEKOLAH
SMK Sultan Alauddin Riayat Shah I (SARSI) mula dibuka pada 7 Januari 1965 menggunakan nama 'SM Kebangsaan dan Inggeris Panchor' dan menumpang di bangunan SK Kg Melayu Panchor. Pada masa itu bilangan guru hanya seramai enam orang dan diketuai oleh En Abd Rajman Kasbon. Terdapat hanya tiga buah kelas yang dijalankan pada sebelah petang kerana pada sebelah pagi bangunan sekolah berkenaan digunakan oleh SK Kg Melayu Panchor. Kumpulan pertama pelajar aliran kebangsaan menduduki peperiksaan SRP di situ pada tahun 1967.
Pada tahun ini juga bangunan tetap sekolah ini mula dibina di atas tapak seluas 15 ekar di Bukit Mentulang, Pagoh. Bangunan tersebut terdiri daripada 2 blok yang mengandungi 12 bilik darjah, bilik guru, makmal dan bilik SRT. Pada penggal ketiga tahun 1968 pelajar-pelajar SMK SARSI mula berpindah ke bangunan baru walaupun kemudahan asas masih belum lengkap.
Kumpulan pertama pelajar menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1970. Pada tahun 1972 sebuah bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah, makmal dan dewan dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Pada tahun ini juga PIBG ditubuhkan dengan di Pengerusikan oleh En A Aziz bin Abu Bakar. Mesyuarat jawatankuasa PIBG pertama telah mengambil keputusan untuk menukar nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan dan Inggeris Panchor kepada Sekolah Sultan Alauddin Riayat Shah I sempena dengan sejarah tempatan.
Pada 9 Jun 1990, SMK SARSI telah dirasmikan oleh YAB En Abd Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. YAB En Abd Ghafar juaga telah meluluskan peruntukan RM50,000 untuk menambah kemudahan Pusat Sumber Sekolah. Pada hari yang sama pihak sekolah juga telah memajukan permohonan untuk mendapatkan sebuah padang seluas 5 ekar bagi menambah padang yang sedia ada yang saiznya agak kecil.
Prinsip Kerja X-PLUS
Kepimpinan sebenar ditonjolkan oleh sikap keikhlasan atau jujur, amanah, sidiqque dan fathanah...dan ciri-ciri kepimpinan itu diperlihat dan diterjemahkan melalui tindakan.
Prinsip kerja X-PLUS yang dijenamakan oleh KPPM perlu diamalkan secara berterusan dan diserapkan dalam budaya kerja. Berpeluang bekerja di bawah kepimpinan beliau saya percaya sekiranya diberi peluang dalam tempoh yang lebih lama, legasi kecemerlangan KPM akan dapat ditingkat, dimantap serta diperteguhkan secara berterusan.
X - ialah excellent yakni setiap kerja harus mengutamakan kecemerlangan diri dan organisasi.
P - ialah pengetahuan merupakan janaan utama yang menjadi asas sebelum bertindak membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian, dan pengetahuan harus sentiasa ditingkatkan melalui pembelajaran secara berterusan atau pembelajaran sepanjang hayat dunia pekerjaan.
L - ialah latihan yang berterusan untuk memastikan setiap pegawai dan guru mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang selari dengan perkembangan dunia khususnya pendidikan di peringkat global yang harus disesuaikan dengan konteks negara. Oleh yang demikian, kursus-kursus latihan dan perkembangan pembangunan staf yang dilaksana di setiap peringkat KPM dari bahagian, JPN, PPD hingga lah ke sekolah harus dipastikan berkesan dan memenuhi keperluan pembelajaran mengikut bidang kerja profesional masing-masing. Value management harus diterapkan dalam setiap pengedalian kursus latihan, iaitu mementingkan impak dan keberkesanan latiha bagi meningkatkan kapasiti pegawai dan guru agar kesan akhirnya kepada kecemerlangan murid di dalam bilik darjah.
U - ialah usaha yang bersungguh-sungguh, kerana setiap kerja yang dilakukan secara bersungguh dan berfokus akan memberikan hasil dan impak yang berkesan. Usaha yang bersungguh-sungguh ini hendaklah mengutamakan untuk meningkatkan kecemerlangan murid di dalam bilik darjah.
S - ialah kerja sepasukan, dengan menggunakan analogi pasukan bola sepak sebagai penggerak kepada budaya kerja berpasukan yang dilihat harus bermain secara semangat kerjasama yang tinggi. Pemain individu sehebat manapun tidak akan berjaya menjaringkan gol jika tidak berkerjasama dengan rakan sepasukan yang lain. Begitu juga dalam setiap rantai jentera KPM, kerjasama individu secara erat harus digembeling secara bersepadu dari peringkat bahagian hingga kepada guru di dalam bilik darjah dalam memastikan setiap pelaksanaan dasar pendidikan negara berkesan dan memberi impak kepada kejayaan murid di dalam bilik darjah.
Kerja yang berfokus dengan menerapkan prinsip kerja X-PLUS dicetuskan sewaktu semua pihak mempunyai momentum ke arah kecemerlangan yang dirangsang oleh NKRA dan GTP.
Pengenalan 5S
5S merupakan satu aktiviti dalam meningkatkan persekitaran pejabat. Amalan ini dijadikan sebagai tempat terpenting dalam membentuk disiplin pekerja dan pelajar bagi memastikan sekolah serta asrama bersih, teratur, sempurna, selamat dan mudah diawasi dalam usaha meningkatkan mutu kerja, proses, peralatan, keselamatan dan perkhidmatan.
Penerangan Konsep 5S
Berikut adalah penerangan mengenai 5S:-
1. SEIRI – SISIH – SORT
Sisih barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan buangkannya secara sistematik.
2. SEITON – SUSUN – SET IN ORDER
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.
3. SEISO – SAPU – SHINE
Bersihkan tempat kerja dan pastikan tiada kekotoran di lantai, mesin dan peralatan.
4. SEIKETSU – SERAGAM – STANDARDISE
Pastikan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih mengikut peraturan.
5. SHITSUKE – SENTIASA AMAL – SUSTAIN
Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya organisasi.
Definisi 5S
Program 5S melibatkan aktiviti seperti menyisih, menyusun, membersih dan mengatur yang dilaksanakan secara berterusan dan sukarela mengikut piawaian yang telah ditentukan oleh sekumpulan manusia di sekolah/asrama/makmal/bengkel yang sama secara bekerjasama untuk menjadikan persekitaran dan tempat kerja lebih efektif dan produktif.
Polisi 5S
“Ke arah budaya kerja yang adil saksama, cekap dan gemilang dengan persekitaran yang bersih, ceria, selamat dan seragam , demi kepuasan pelanggan”.