smksars1 SMK SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH 1, PAGOH
![]() | VISI SEKOLAHSEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG MISI SEKOLAHMEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI PIAGAM PELANGGANUntuk merealisasikan Visi, SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut: Kepada Murid Menyediakan suasana pendidikan terbaik untuk mengembangkan potensi murid ke arah kecemerlangan akademik, menguasai 3M, kokurikulum serta pembinaan sahsiah dan kualiti peribadi sesuai dengan wawasan negara. Menyediakan kakitangan yang bertanggungjawab, berdisplin, berhemah mulia dan kerja bersungguh-sungguh. Kepada Ibubapa Melayan ibu bapa yang berurusan di sekolah dengan mesra, berkualiti dan telus dalam jangka masa yang singkat. Kepada Masyarakat Menyediakan perkhidmatan berkualiti yang telus untuk sama-sama menyumbang dalam pembinaan generasi akan datang. Jabatan Pelajaran Menyalurkan maklumat dan menyelesaikan urusan organisasi dengan cekap, tepat masa dan berkesan berdasarkan piawaian yang ditetapkan. Kepada Negara Menyediakan generasi berwawasan yang menunjangi pembangunan negara untuk kesejahteraan umat melalui sistem Pendidikan Kebangsaan. |
" Pendidikan di
Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
SMK SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH 1 PEKAN PAGOH, MUAR, JOHOR | 06-9746228 |

